Bantuan Berbuka Puasa

Ramadan 2021

Kita mengharapkan Ramadan 2021 berbeza dengan ramadan yang lepas. Kita rindu berbuka puasa di masjid, berjalan di bazaar ramadan, dan solat terawih di masjid.

Sedang kita gembira akan kedatangan ramadan jangan kita lupa pada mereka yang memerlukan. Mereka yang terkesan dengan Covid-19, kehilangan kerja dan sumber pendapatan. Tidak dilupakan juga golongan asnaf fakir miskin, masih adakah makanan untuk mereka nanti.

Kita boleh jadikan ramadan ini lebih bermakna pada mereka, dan paling penting sekali kita jadikan ramadan tahun ini lebih bermakna pada diri kita semua. Andai ini ramadan terakhir kita. Semoga Allah SWT menerima amalan kita ini.

Jenis sumbangan

RM 200 – Bantuan makanan untuk 1 buah keluarga selama 1 bulan. (4-5 pax)

RM 400 – Bantuan makanan untuk 2 buah keluarga selama 1 bulan. (8-10 pax)

RM 1000 – Bantuan makanan untuk 5 buah keluarga selama 1 bulan. (20 – 25 pax)

RM 20 – Makanan berbuka puasa untuk 1 orang selama 1 hari / Terkumpul bantuan makanan untuk 1 buah keluarga.

Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”  

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Apa yang kami sasarkan ramadan ini

Oleh kerana jumlah golongan yang memerlukan bertambah kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan disamping ekonomi dunia mengalami kemelesetan, kami sebagai NGO tidak boleh berdiam diri.

Kami cuba mendapatkan sumbangan dari orang ramai agar dapat membantu sekurang-kurangnya 1,000 keluarga pada ramadan kali ini. Nilai barang bantuan yang kami akan sampaikan sehingga RM200 satu keluarga. Bergantung kepada keperluan keluarga tersebut. Jumlah keseluruhan yang kami perlukan adalah RM200,000.

Antara barang yang kami akan sampaikan adalah:

  • Beras 10kg-20kg bergantung pada keluarga
  • Mee Hoon/Mee Kuning
  • Makanan dalam tin
  • Minyak Masak
  • Barang keperluan keluarga penerima perlukan
  • Dan lain-lain

Sumbangan daripada anda amat kami hargai untuk menjayakan misi ini. Klik button “SUMBANG SEKARANG” untuk menyumbang

3-1-500x333_1c6b4c9b7028e2863559a819c5f7eeb1
2-1-500x333_42dac34a7f7b731bf12e84e42746b8c9
1-1-500x333_33cd1df7957e5aa3358a6d2fb6ca9f06
7-500x333_9ee0cca3763485637e33470dc76e29e2
6-500x333_103e3ccc1f09f83110dc71c897a0ed9f
7-500x333_9ee0cca3763485637e33470dc76e29e2
8-500x333_cf59a7df2aabc3877c2831d8811c8339
4-1-500x333_418eae526601536ffebc6a5631bde9c6
5-1-500x333_366ca622b07fc395697dd3a5ab0f4d53

Lokasi Penghantaran Bantuan

Bantuan akan disampaikan diseluruh Malaysia bersama rakan NGO lain. Rakan NGO yang ingin turut serta boleh whatsapp kami dengan klik butang “Whatsapp” di bawah.

وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Doa dan ucapan terima kasih kepada penyumbang sebelum ini

InkedIMG_20201211_0002 Copy_LI

Surat penghargaan daripada Hospital Muar

(Bahagian alamat dipadam kerana ia alamat lama yang kami tidak gunakan lagi)

JUMLAH PENYERTAAN YANG KAMI TERIMA

ADALAH AMAT TERHAD !!!

Kerana ia berkait dengan kemampuan kami untuk penghantaran

JADI ORANG YANG TERAWAL MENYUMBANG DAN BANTUAN ANDA KAMI AKAN SAMPAIKAN SEBELUM RAMADAN

JOM MENYUMBANG SEKARANG

arrow down animated